fbpx

Pernah dengar tak tentang penyakit G6PD? Kemudian dikaitkan dengan tidak boleh makan kacang parang yang boleh menyebabkan demam, sakit belakang, pening atau pneumonia. Tentu ada para ibu pernah mendengar sebelum ini tetapi tidak mengetahui lebih lanjut mengenainya.

Sebenarnya G6PD bukan penyakit tetapi berkaitan dengan genetik atau keturunan. Jika tidak ambil peduli tentang pantang larang, kemungkinan boleh berlaku permasalahan antaranya sel darah merah mati, sel darah merah pecah, kerosakan hati dan terdapat juga sesetengah kes yang menyebabkan kematian!

Apa itu, G6PD? Menurut Wikipedia, G6PD ialah Glokosa-6-Fosfat Dehidrogenase yang merupakan sejenis enzim keturunan yang terdapat di dalam sel darah merah manusia. Kekurangan enzim ini boleh memusnahkan sel darah merah apabila terdedah kepada jangkitan, ubatan tertentu atau makanan.

Apabila sel darah merah tidak lagi mampu mengangkut oksigen dengan berkesan ke seluruh tubuh, akan berlaku keadaan dikenali sebagai anemia hemolitik. Anemia hemolitik adalah penyakit anemia yang terjadi ketika sel-sel darah merah mati lebih cepat daripada kecepatan sumsum tulang menghasilkan sel darah merah.

Seterusnya seseorang yang kekurangan G6PD boleh mendapat gejala termasuk demam kuning bagi bayi baru lahir, sakit perut, sakit belakang, pening, sakit kepala dan dispnea (pernafasan tidak teratur).

Lebih menakutkan ia agak bahaya kepada bayi baru! G6PD akan menyebabkan jaundis (demam kuning). Oleh kerana kekurangan enzim G6PD, sel darah merah bayi mudah pecah dan menghasilkan kandungan bilirubin yang tinggi. Kandungan bilirubin yang tinggi akan menjadi toksik kepada otak dan menyebabkan kecacatan kepada bayi. Apabila ini berlaku, pemindahan darah perlu dilakukan dengan segera.

Bagaimanapun, kekurangan G6PD bukanlah satu kecacatan atau penyakit. Ia adalah satu fenomena keturunan yang melibatkan kedua-dua jantina, lelaki dan perempuan, tetapi lebih sering dialami oleh bayi lelaki. Secara umumnya, penghidap G6PD akan menjalani kehidupan normal. Para ibu bapa tidak perlu risau jika anak mereka mengalami kekurangan G6PD ini kerana pada dasarnya ia tidak berbahaya.

Komplikasi hanya akan terjadi jika mereka terdedah kepada ubat-ubatan, makanan atau bahan kimia tertentu yang boleh menghasilkan proses homolisis di dalam darah. Dari segi yang lain, G6PD boleh menjadikan penghidap mempunyai daya ketahanan melawan penyakit Malaria.

 

Pantang larang

Masalah G6PD tidak dapat dirawat sepenuhnya. Apa yang penting, seseorang yang menghidap G6PD perlulah mengambil langkah berjaga-jaga berikut: Elakkan daripada mengambil ubat-ubatan dan makanan yang boleh menyebabkan komplikasi. Ikuti panduan seperti berikut.

Pemakanan:

1.Kacang parang (fava beans)

2.Makanan yang mengandungi pewarna tiruan methylene dan toluidine blue

  1. Makanan yang mengandungi sulfida kacang soya atau produk soya.
  2. Sesetengah produk bebas gluten seperti tepung semua jenis kacang atau produk kacang
  3. Asid askorbik tiruan yang terdapat dalam vitamin C
  4. Gula-gula dan makanan berperisa menthol

 

Persekitaran:

  1. Ubat nyamuk (mengandungi pyrethium)
  2. Ubat gegat (mengandungi napthalene)
  3. Ubat-ubatan cina (senseh)
  4. Ubat-ubatan herba atau jamu
  5. Ubat anti-malaria

12.Ubat sakit kepala seperti paracetamol (mengandungi thylenol)

 

Dalam pada itu, para ibu jangan lupa memberitahu doktor atau pakar perubatan bahawa anak merupakan penghidap G6PD untuk mengelakkan kemungkinan tindakbalas yang berbahaya daripada rawatan yang akan diberikan

Ini bermakna apabila anak ini menghadapi masalah kesihatan seperti batuk dan selesema tentu para ibu bapa tidak boleh memberi sebarangan ubat. Kebiasaanya doktor tidak akan memberi ubat batuk dan selesema jika bayi dibawah usia enam bulan. Ini kerana ia akan keluar sendiri melalui muntah atau najis.

 

Baby Herbal Cream TROPIKA

Rawatan Cara Alami

 

Namun, ada beberapa cara yang selamat untuk melegakan batuk dan selesema anak antaranya   tepuk percussion, wap bersama bawang putih dan minyak zaitun, garlic socks dan mandian lemon. Selain itu, boleh menggunakan produk natural untuk keselamatan anak.

Rangkaian produk TROPIKA adalah produk natural yang tidak menggunakan sebarang pewarna tiruan dan bahan kimia yang membahayakan kesihatan pengidap G6PD.

Bagi bayi G6PD yang mengalami masalah batuk atau selesema, boleh menggunakan Baby Herbal Cream TROPIKA sebagai rawatan alternatif yang selamat.  Ia adalah produk natural terbaik untuk kesihatan si manja yang dikatakan tidak memberi sebarang tindak balas negatif. Namun pastikan dipakai dalam kuantiti sedikit dahulu bagi melihat reaksi anak.