fbpx

Bagi bayi yang menyusu susu formula, peluang untuk mereka terkena sembelit adalah lebih tinggi.

Namun begitu, ia bukanlah perkara yang tidak normal kecuali najisnya keras dan berketul-ketul. Bayi juga mungkin akan mengalami masalah sembelit ini apabila mereka sudah mula makan makanan pejal.
—————
Tanda Anak Sembelit Teruk :
—————
Untuk mengenalpasti sama ada anak anda mengalami sembelit atau tidak, anda boleh melihat kepada simptom-simptom di bawah :

😫 Mendengus dan meneran pada setiap pergerakan

😭 Menangis dan kelihatan tidak selesa semasa membuang air besar

😣 Mengeluarkan najis pejal lebih dari sekali dalam sehari

😩 Meragam

😖 Sakit pada abdomen

😫 Gastrik

😖 Abdomen yang keras

😣 Najis bercampur darah kerana rektum yang luka akibat najis yang keras

😩 Najis yang sukar dikeluarkan dan berketul-ketul

—————
Tip Atasi Anak Sembelit Teruk :
—————

Untuk mengatasi masalah anak sembelit teruk ini, anda bolehlah mencuba tip di bawah :

1.Beri minum air kosong sebanyak yang mungkin

2.Tambah beberapa sudu prun yang dipurikan ke dalam makanannya

3.Beri sayur dan buah untuk bekalan serat

4.Cuba gerakkan kaki bayi ketika dia sembelit. Ini akan membantu menggerakkan najis di dalam ususnya

5.Kurangkan makanan penyebab sembelit seperti nasi, pisang atau bijirin

6.Jika bayi minum susu formula, cuba bertukar kepada jenama lain

Walaupun sembelit pada bayi adalah perkara biasa, namun jangan pandang ringan terhadap masalah ini. Segera berjumpa dengan doktor untuk melakukan pemeriksaan lanjut dan dapatkan pandangan serta khidmat nasihat.

Ini bertujuan untuk mendapatkan penelitian awal tahap sembelit anak dan kaitan terhadap penyakit tertentu. Seterusnya, jika sembelit adalah biasa atau normal bagi bayi atau kanak-kanak, barulah boleh mencuba kaedah perubatan atau kaedah alternatif. Sebagai ikhtiar mommy mungkin boleh cuba beri anak minum minyak kelapa dara blackcurrant. Umum tahu minyak kelapa dara bagus untuk mengatasi masalah sembelit.

NOTA : Minyak kelapa dara blackcurrant TROPIKA hanya boleh diberi pada bayi yg berusia 6 bulan ke atas sahaja