fbpx


Bayi dan anak-anak kecil ni kalau batuk memang kita sebagai ibu bapa akan susah hati. Tambah lagi kalau batuk berkahak.Memang kesian sangat, sedangkan kita yang dewasa ni pun kalau batuk boleh jadi sakit abdomen kalau tak betul-betul, inikan pula bayi dan anak-anak kecil kan? Boleh lihat beberapa cara untuk bantu keluarkan kahak bayi dan anak kecil.

Cara mengeluarkan kahak bayi & anak kecil :

✔️ Mandikan anak anda dengan air suam untuk memberikan keselesaan kepada mereka.

✔️ Keluarkan kahak selepas mandi air suam kerana kahak agak cair pada waktu itu.

✔️Sedut secara manual iaitu menggunakan mulut / sedut menggunakan tiub penyedut hingus yang boleh didapati di farmasi.

✔️ Wapkan anak anda. Caranya masukkan air panas yang masih panas yang masih mengeluarkan wap ke dalam bekas yang agak lebar. Titiskan minyak telon ke dalam air panas. Selubungkan kain di atas kepala dan bawa muka bayi dekat dengan wap air. Hasilnya, ia akan memberi kelegaan pada rongga-rongga pernafasan.

✔️ Cuba tepuk bahagian belakang dan hadapan badan anak anda dengan tapak tangan. Gerakkan tangan perlahan-lahan sambil menepuk seluruh kawasan badan anak anda.

Batuk dengan selesema ni pasti berlaku pada setiap bayi dan anak kecil. Tidak kira musim sejuk ataupun panas, simptom tersebut boleh menjadi kronik kepada kesihatan bayi dan anak kecil. Biasanya bayi akan mengalami kesukaran untuk mengeluarkan kahak dan hingus yang boleh menjadi punca penyakit seperti ‘bronkitis’ atau ‘brochospasm’.

Tentu-tentulah kita sebagai ibu bapa risau kan? Sebab mereka bukannya pandai untuk keluarkan kahak sendiri. Sampai satu peringkat memang sangguplah kita ni sebagai ibu bapa sedut hingus pada hidung anak-anak sebab risau keadaan tersebut akan membuatkan anak kita tu tidak selesa untuk bernafas dan lemas.

Namun begitu, ada beberapa pencegahan yang boleh diambilkira oleh kita sebagai ibu bapa… Di antaranya:

1) Hidung bayi dan anak kecil sangat sensitif terhadap habuk dan bau-bauan. Pastikan keadaan rumah sentiasa bersih dan elakkan semburan pewangi di dalam rumah. Jika di rumah memakai karpet, pastikan karpet divakum bersih. Elakkan binatang peliharaan berkeliaran di dalam rumah kerana bulunya boleh menyebabkan alergi pada hidung bayi dan anak kecil.

2) Pastikan bayi dan anak kecil sentiasa dalam keadaan suhu bilik yang tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk. Kurangkan penggunaan penghawa dingin di dalam rumah. Jika terlalu sejuk, suhu itu akan menekan dada bayi dan anak kecil dan menyebabkannya sukar bernafas. Jika cuaca sejuk, pakaikan bayi dan anak kecil anda dengan baju yang lebih tebal.

3) Bayi dan anak kecil memerlukan udara yang bersih dan segar. Maka pastikan untuk mewujudkan suasana tersebut di dalam rumah anda. Elakkan bayi dan anak kecil daripada bau asap rokok dan asap lain.

4) Elakkan bayi daripada makan makanan sejuk. Cuba berikan makanan panas yang dimasak sendiri. Elakkan juga makanan yang diproses.

 

MOMMY JUGA BOLEH CUBA TROPIKA BABY HERBAL CREAM YANG TERBUKTI BERKESAN MELEGA DAN MENGELUARKAN KAHAK SI MANJA.